CARA-CARA MELUPAKAN KESALAHAN ORANG YANG MENYAKITKAN HATI KITA
 Tutup buku lama, buka buku baru
Yang dulu tu, dululah. Lupakan. Yang sekarang, sekarang.
   Anggap perangai orang yang menyakitkan  hati kita tu sebagai ‘cerita  lama’ kerana ia berlaku di masa lepas  (masa yang lama) dan sudah pun  berlaku. Tak menyumbang pada kemajuan  diri kalo diingat selalu.
 
Kita kena bukak cerita baru di masa kini (masa yang baru) dan elak   untuk cakap balik cerita-cerita lama. Jadikannya sejarah hidup sahaja.
Hari ini adalah lebih baik dari hari kelmarin, dan hari esok adalah pemulaan hari baru yang membahagiakan
Jangan tarik balik keburukan lalu ke masa kini kerana ia akan   mencemarkan kebahagiaan yang kita nak rasai pada hari ini, pada masa   kini. Nak berjaya, kita perlu sentiasa bersemangat. Nak sentiasa   bersemangat, kita perlu sentiasa gembira.
Kita akan jadi tidak  gembira apabila kita selalu ungkit balik  cerita-cerita di masa lepas,  iaitu cerita lama kita. Maknanya, masa  depan kita pun tak ada guna kalo  macam tu sebab kita selalu ungkit  balik cerita yang dah lama. Kesannya,  tak majulah kita.
Jangan pandang belakang (ingat balik masa  lalu) walau seburuk manapun  situasi yang berlaku di masa lalu. Masa lalu  biarlah kita tinggalkan  supaya kita dapat membentuk masa depan yang  lebih gemilang buat diri  kita.
tiap kali ingatan kita terputar  balik ke masa lalu, sebenarnya minda  kita sedang memerangkap kita. Kita  kena menguasai minda, bukan kita  yang dikuasai minda melalui mainan  emosi kita sendiri.
Teguhkan pendirian dan matangkan pemikiran
Fikiran yang matang adalah fikiran yang dikuasai oleh rasional, bukan   dikuasai oleh emosi. Fikiran kita ni bila dikuasai oleh emosi dan kita   pun bercakap jadi agak beremosi, kesannya kita rasa sukar untuk   melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita, walaupun cuma   kesalahan kecil. Untuk mematangkan fikiran, Anda kena kawal emosi.
Setiap hari, latih diri untuk mengawal emosi dan elak untuk berkata   dengan penuh emosi. Kawal rasa nak marah, kawal rasa geram, sakit hati   serta perasaan-perasaan lain yang serupa dengannya kerana dengan   mengawal semua emosi tu, kita sudah melatih diri untuk sentiasa   berfikiran rasional, bukan befikiran emosional.
Alhamdulillah,  lega dah memaafkan orang lain kan… jadi, bila kita  melakukan kesilapan  dan kesalahan perlulah kita buang ego jauh-jauh dan  memohon maaf. Kita  manusia yang tidak sempurna, begitu juga orang  lain, memaafkan dan  meminta maaf adalah motivasi hidup kita supaya  redha, sabar dan tidak  mementingkan diri sendiri.
MEMINTA MAAF
Meminta maaf atas  kesilapan adalah manifestasi kematangan dan rasa  tanggung jawab  seseorang. jika kita telah melakukan kesilapan dan  kesalahan yang  melibatkan hubungan kita dengan Allah dan manusia,  sebaiknya menyatakan  kemaafan itu adalah lebih baik dan  bertanggungjawab.
Takut  melakukan kesilapan? kita perlu ingat.. semua manusia akan  melakukan  kesilapan. Ya, memang kita tidak mahu melakukan kesilapan, ia  membuatkan  kita kecewa dan sedih. Oleh itu kita kena lah belajar dari  kesilapan  kita, jadikan kesilapan itu satu pengajaran dan pengalaman  hidup supaya  kita lebih berhati-hati dalam setiap langkah.
Kesilapan adalah fitrah kehidupan, orang yang berjaya adalah orang yang belajar dari kesilapan dan bangkit dari kegagalan!
Belajarlah dan carilah ilmu supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang   sama. Orang yang tinggi diri (merasa dirinya bagus) dan sombong memang   susah untuk belajar dan mendapat ilmu. Rendahkan diri anda untuk   kebaikan dan menadah ilmu dari orang-orang yang berilmu, insyaAllah ilmu   itu berkat.
Usah terasa hina dan malu untuk memohon maaf,  kerana ia adalah dituntut  jika melakukan kesilapan dan kesalahan.  Selepas itu, jangan lupa  bertaubat (tidak mengulangi kesilapan) dan  belajar dari kesilapan itu.
Jika kesilapan itu tidak melibatkan  orang, simpanlah sebagai rahsia  hidup anda. Dan berusahalah kearah  pembaikan supaya kesilapan itu tidak  berulang. Jika melibatkan orang  lain, cuba sedaya upaya memohon maaf  dan berterus terang dengannya  supaya tidak menjadi semakin besar dan  rumit.. berusahalah perbaiki  kesilapan tersebut supaya tidak bertambah  parah. dan yang paling penting  kenalah belajar supaya tidak berulang...
green + white